Tentera Udara Amerika Syarikat A-7_Corsair_II

Tentera Udara Amerika Syarikat menggunakan pesawat A-7D mereka di Vietnam bermula dengan penempatan Sayap Pesawat Pejuang Taktikal ke-354 (354th Tactical Fighter Wing) di Pengkalan Udara Korat, Thailand. Pesawat A-7 ditugaskan untuk misi “Sandy” mengiringi helikopter CSAR dalam misi menyelamat.

Pada 18 November 1971, Mejar Colin A. Clarke mengetuai satu misi menyelamat anak kapal F-105 Wild Weasel yang ditembak jatuh. Misi tersebut mengambil masa 8.8 jam dalam mana Clarke dan pengiringnya menerima tembakan dari mesingan 13mm. Pesawat A-7D Tentera Udara Amerika Syarikat mengendalikan 12,928 kali penerbangan tempur di Vietnam dengan mengalami kehilangan 4 buah pesawat, kadar paling rendah untuk mana-mana jenis pesawat.